Buku berjudul Allah, Liberty and Love tulisan Irshad Manji telaH diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri setelah menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'dan dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Bernama melaporkan menteri Abu Seman sebagai berkata buku tersebut mengandungi mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam."Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam kenyataan hari ini. "Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari,
Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis.
Selain itu, katanya, buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan