Khamis, 31 Mac 2011

128 hektar untuk bina kuil di selangor


Dr Xavier Jayakumar menyatakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di Shah Alam. Kerajaan negeri meluluskan 128 hektar tanah bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam di seluruh negeri sejak 2008 hingga sekarang.
Jayakumar ialah Exco kesihatan, pekerja lading, kemiskinan dan kerajaan prihatin. Jayakumar adalah juga ADUN Sri Andalas.

Dari jumlah itu 114 hektar adalah untuk membina tokong, 7.6737 hektar untuk kuil, 4.7402 hektar untuk gereja dan 0.7495 hektar bagi gudwara

Kuil Sri Mariamman yang menjadi batanhan hingga mengaitkan isu kepala lembu akan diletakkan seksyen 23 juga dalam jangka mengambil masa dua bulan.

Khamis, 24 Mac 2011

Badrulamin mencabar mahkamah Syariah


Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mencabar mahkamah Syariah  mendakwa individu yang terlibat dengan penyebaran fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya terlibat dalam video seks baru-baru ini.
Dr Badrulamin berkata, penyebar fitnah tersebut boleh didakwa kerana menuduh orang berzina tanpa mengemukakan 4 saksi, sepertimana yang digariskan dalam syariat Islam.
“Saya cabar Mahkamah Syariah untuk mengheret individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu supaya dijatuhkan hukuman yang setimpal.
“Kalau betul-betul mahkamah syariah bebas dan mengamalkan sistem Islam, mereka tidak perlu tunduk dengan Umno seperti yang pernah berlaku sebelum ini melibatkan qazaf Anwar ditolak,” katanya.

Menurut Badrul, mahkamah syariah boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan qazaf,  berikutan sudah ada laporan polis yang dibuat terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks, yang kononnya dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Katanya, perbuatan memfitnah yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik  disifatkan sebagai ‘syaitan bertopeng manusia’ kerana  merancang untuk mengaibkan orang lain dengan menggunakan kemudahan teknologi moden.
“Ini kerja ‘syaitan manusia’ yang sanggup menaburkan fitnah III kepada Anwar dengan pemalsuan video dan sebagainya. Perbuatan ini dikategorikan sebagai kezaliman kepada masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.
Beliau yang kesal dengan tindakan Abdul Rahim sehingga sanggup melakukan kerja hina dan tidak berakhlak itu, tidak menolak tindakan itu bermotif politik dan dendam.
“Dari segi agama, itu semua kerja orang hina dan tidak berahklak kerana sanggup menyebarkan keaiban dan memfitnah orang lain.
“Kerana permusuhan, manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga mencalarkan maruah dan imej orang lain yang sememangnya ditegah dalam Islam.
Sementara itu, Badrulamin memberitahu negara kini dilanda krisis akidah dan ekonomi akibat politik murahan yang dianjurkan Umno.
“Rakyat sudah jelak dengan isu dubur, DNA dan seks oleh Umno yang tidak mendidik mereka ke arah yang lebih baik.
“Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan rakyat di luar sana sudah bijak untuk menilai pemimpin yang zalim dan mereka yang berada di pihak benar,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9644

Isnin, 21 Mac 2011

akad nikah dimasjid amalan kristian

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh. 

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka. 

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini. 

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid. 

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat. 

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. 

- Bernama

Khamis, 17 Mac 2011

MUFTI LARANG KITAB INJIL B. MELAYU DIEDAR DI SELANGOR

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid berkata 5,000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu akan dilarang pengedaran di negeri itu kerana ia tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor bersabit penggunaan kalimah Allah di dalam kitab suci Kristian itu, lapor Tv Selangor.

NONETamyes sekali gus mengesahkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa tindakan kerajaan memansuhkan penahanan naskah Kitab Injil berbahasa Melayu tidak sah di sisi undang-undang syariah di Selangor.

Mufti Selangor itu berkata kebimbangan utama pihaknya terhadap arahan kerajaan pusat menarik balik penahanan itu adalah kesannya ke atas generasi muda umat Islam.

"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang syariah yang menghalang penggunaan kalimah “Allah” sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Selain 5,000 naskah di Pelabuhan Kelang, penahanan 30,000 naskah Kitab Injil yang sama di Kuching turut ditarik balik, mengikut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala petang Selasa lalu.

Kenyataan bercanggah

NONEKenyataan Nazri dan Tamyes bersabit pengedaran Kitab Injil itu dijangka menambah kemelut susulan kenyataan-kenyataan yang bercanggah oleh Kementerian Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersabit isu itu.

Tamyes sendiri melahirkan rasa kesal kerana tidak ada penyelarasan dalam menangani isu kitab-kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia itu.

"Sepatutnya kita ni kalau nak buat keputusan biarlah ada persepakatan, kenapa pula seorang mengatakan boleh seorang mengatakan tidak," katanya.

Ahad lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Menurut Hishamuddin, keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan yang berlarutan sejak 2010.

Namun pada pagi Selasa, Muhyiddin berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok. Katanya, Menteri harus membincangkan perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Syarat KDN satu penghinaan

Ironinya, sebelah petang hari sama Idris Jala mengumumkan kesemua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.
Bagaimanapun KDN meletakkan dua syarat iaitu setiap naskah kitab suci itu harus mempunyai nombor bersiri dan cop "Hanya Untuk Penganut Kristian" sebelum dibenarkan pengedaran dan mesti bersertakan nombor siri.

sibu by election 090510 sibu churchSyarat itu, bagaimanapun ditolak oleh pihak gereja di Sarawak yang melihatnya sebagai satu penghinaan terhadap kesucian agama Kristian dan kekangan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh gerakan mubaligh.

Paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor menegaskan penganut Kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab suci mereka.

“Saya rasa jika kita letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini, kita seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah seseorang yang memiliki kitab ini melakukan satu jenayah. Tiada penganut Kristian akan menerima perkara ini,” katanya.

Selasa, 15 Mac 2011

Penahanan alkitab Injil BM ditarik balik

Setelah dibidas pelbagai pihak, berhubung tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menahan ribuan alkitab Injil berbahasa Melayu, kerajaan hari ini bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Klang. 

NONEDalam kenyataan medianya hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, berkata tindakan kerajaan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”.

“Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.

“Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. 

“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut,” kata Idris.

Menurut beliau, kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. 

Oleh itu, katanya, kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

NONE“Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan,” katanya.

Idris yang merupakan penganut agama Kristian dan berasal dari Sarawak berkata beliau telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

“Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang,” katanya.

Dari perspektif penganut agama Islam pula, katanya, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. 

“Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia,” akhiri kenyataan itu.

ISA untuk persenda azan


: Persatuan Pengguna Islam Malaysia atau PPIM mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap beberapa pihak yang bertanggungjawab mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman sesawang 'youtube'.
Pegawai Kerja PPIM, Mustaffa Hamzah berkata, klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh serta memperkecilkan amalan agama Islam.
"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan,"katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA mahupun tindakan yang sepadan dengannya supaya mereka sedar sekaligus memberikan pengajaran serta  peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni.
Mustaffa berkata, PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu.

Isnin, 14 Mac 2011

Dataran merdeka dataran maksiat


Bukan saja kawasan sunyi menjadi tempat memadu kasih, malah tempat terbuka termasuk Dataran Merdeka menjadi pilihan remaja untuk melepaskan rindu walaupun ia dikunjungi warga kota yang berkeluarga termasuk anak kecil.
Mereka semakin berani melakukan pelbagai aksi tidak menyenangkan di situ kerana beranggapan tempat berkenaan tidak dikunjungi pencegah maksiat dan mereka boleh berpelukan dengan pasangan yang menimbulkan rasa jelek di kalangan orang awam.

Tinjauan Metroplus di Dataran Merdeka mendapati berpuluh pasangan menjadikan kawasan itu setiap malam terutama pada larut malam untuk melakukan pelbagai aksi tidak senonoh.

Suri rumah, Noriza Abdullah, 35, berkata, setiap malam terutama hari minggu dipenuhi pasangan remaja yang mengambil kesempatan melepaskan rindu dengan pasangan masing-masing tanpa menghiraukan kehadiran orang lain.

Katanya, keadaan itu boleh menyebabkan isu gejala sosial merebak kerana pasangan berani melakukan aksi romantik termasuk tidur di atas peha pasangan.

“Keadaan itu tidak elok untuk kami yang sudah berkeluarga terutama kanak-kanak kerana mereka mungkin akan meniru aksi berkenaan pada masa depan.

Menurutnya, pasangan remaja itu langsung tidak menghiraukan kehadiran orang ramai kerana mereka asyik melakukan perbuatan terkutuk dan bimbang sekiranya mereka berani melakukan aksi tidak elok.


Pengunjung, Suffian Ghazali, 40, mahu pihak berkuasa berkaitan melakukan rondaan setiap masa mencegah gejala pasangan kekasih yang melakukan aksi romantik di tempat awam.

“Mereka perlu melakukan aktiviti pencegahan bagi membendung pasangan membuat perkara sumbang kerana Dataran Merdeka dikunjungi ratusan keluarga.

“Nampaknya bilangan pasangan makin bertambah kerana tidak ada orang yang memarahi mereka walaupun melakukan perbuatan salah,” katanya.

Jumaat, 11 Mac 2011

PM JANJI TIADA PENGHARAMAN KITAB INJIL MELAYU

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak.

Menurut pengerusi CFM, Bishop Ng Moon Hing, perkara itu disampaikan kepada pemimpin CFM oleh beberapa menteri kabinet dan pembantu mereka pada Disember 2009. 

Katanya, Najib juga telah dimaklumkan berhubung rampasan 5,000 lagi kitab suci penganut Kristian tahun lalu.

“Apabila diberitahu bahawa 5,000 lagi kitab Injil dirampas pada satu jamuan teh ketika sambutan Krismas yang lalu, (perdana menteri) melahirkan rasa terkejut kerana arahan tidak lagi menahan kitab yang dirampas di Pelabuhan Klang belum dilaksanakan.

“Namun, tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan kitab itu tidak ditahan,” kata Ng.

Menurut beliau, setakat ini, 30,000 salinan kitab itu masih ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching. Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal. -MALAYSIAKINI.COM

Tunai haji secara ghaib


Berdasarkan siasatan jabatan agama, ajaran sesat Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah itu didalangi seorang lelaki bergelar syeikh yang mempunyai pengikut sekitar Sungkai, Perak dan beberapa daerah berhampiran.
Ajaran yang diharamkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak itu turut memperkenalkan beberapa amalan lain yang bertentangan hukum syarak.

Bekas pengikut yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ajaran sesat itu yang berkembang terutama di Kampung Menderang di Sungkai mempunyai kira-kira 100 pengikut terdiri di kalangan penduduk kampung.
agak menggusarkan apabila semua pengikut perlu mengikuti beberapa syarat awal sebelum menyertai tarekat itu antaranya diwajibkan mandi taubat dan sujud taubat.

“Selain itu, ada amalan mandi air zam-zam, kauthar dan mahfuz, kononnya bagi membuka hijab dan makrifat antara murid dengan syeikh berkenaan sebagai tok guru,” katanya.

Menurutnya, pengikut juga boleh melalui pengalaman dan melakukan Israk Mikraj seperti dilalui Rasulullah SAW.

“Ketika itu, saya mula sedar ajaran itu tidak masuk akal kerana hanya Rasulullah SAW diberikan mukjizat dan kelebihan untuk melalui pengalaman itu.

“Lebih pelik apabila pengikut boleh bergelar haji dan hajah tanpa perlu menunaikan ibadat itu di Makkah. Mereka hanya perlu melakukan ibadah itu secara ghaib melalui majlis dipanggil khatam batu, membabitkan zikir dan beberapa amalan lain,” katanya.

Menurutnya, terkini ajaran tarekat itu turut disebarkan melalui laman sosial facebook di Internet dalam usaha mencari lebih ramai pengikut.

Antara yang diketengahkan di laman sosial itu ialah perlunya setiap umat Islam menyertai tarekat terbabit kerana hanya dengan cara itu mereka memiliki tok guru dan itu kononnya satu kemestian di dalam Islam disebabkan Rasulullah SAW sendiri dikatakan memiliki guru iaitu malaikat Jibrail.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Mohd Yusop Husin berkata ajaran kumpulan tarekat terbabit diharamkan kerana ia didapati bertentangan amalan Tarekat Naqsyabandiah yang asal.

“Mereka melakukan amalan yang disandarkan kepada tarekat muktabar iaitu Terekat Naqsyabandiah, tetapi ada amalan tertentu yang diamalkan pengikut, berlawanan dengan tarekat sebenar.

“Antaranya mengerjakan ibadah haji secara ghaib atau dinamakan khatam batu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohd Yusop menasihatkan umat Islam berhati-hati dengan tarekat kerana bimbang mereka terjebak ajaran salah yang menyimpang akidah dan ajaran Islam.

“Ramai yang menyertai tarekat kerana mahu menjadi baik, tetapi ada amalan tertentu bertentangan hukum syarak.

“Justeru, kami meminta umat Islam berhati-hati dengan kegiatan seperti ini kerana ramai yang menggunakan Tarekat Naqsyabandiah atau nama tarekat lain yang muktabar, tetapi melakukan amalan terpesong.

Menurutnya, dalam soal tarekat, umat Islam mesti menyelidik dengan rapi siapa gurunya dan membuat rujukan terhadap amalan kerana dikhuatiri bertentangan Islam.

Sebelum ini, 14 ajaran atau kumpulan sudah difatwakan sebagai sesat di Perak iaitu Ajaran Azhar Wahab, Ajaran dan Amalan Ilmu Hakikat Hassan Jonit, Ajaran Islam Jamaah, Kumpulan Al Maunah, Ajaran dan Fahaman Anti Hadis serta Kumpulan Darul Arqam/Al-Arqam.

Ajaran lain ialah Tarian Bubu, Ajaran Ayah Pin, Syarikat Rufaqa’ Corporation, Ajaran Cahaya Qursani, Black Metal, Yoga, Pengkid dan Tidak Mendirikan Solat Jumaat Ketika Bersuluk.

Rabu, 9 Mac 2011

KDN TAK BENARKAN KITAB INJIL MELAYU MASUK


Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu menafikan dakwaan sebuah persatuan penganut Kristian bahawa kementerian itu telah merampas dan menahan 5,000 kitab Injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia.
Menurut KDN dalam satu kenyataan, kitab Injil berkenaan sebenarnya dilarang dibawa masuk ke Malaysia kerana gagal memenuhi syarat-syarat KDN.
Satu surat penolakan bertarikh 26 Jun, 2010 telah dihantar kepada pengimport tetapi sehingga kini pengimport masih belum menuntut kargo berkenaan.
Oleh itu, dakwaan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bahawa kementerian telah merampas dan menahan kitab Injil adalah tidak tepat dan mengelirukan.
Semalam, Setiausaha Agung NECF, Sam Ang mendakwa bahawa KDN telah merampas dan menahan kitab Injil berkenaan di Pelabuhan Klang sejak tahun lepas dan enggan mengeluarkan meskipun Kabinet telah meluluskan pengeluarannya. - BERNAMA

Selasa, 8 Mac 2011

Nak Kahwin? tak mampu? Kami bantu

BANTUAN PERKAHWINAN BELIA KURANG MAMPU:Projek Perintis GeMS

Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor yang dijenama sebagai GeMS(GENERASI IDAMAN SELANGOR) mengorak langkah maju ke depan untuk membantu belia yang sudah perlu atau mahu berkahwin tetapi kurang mampu untuk mengikat tali pernikahan yang sah dalam PROGRAM PERKAHWINAN PERDANA.
     Satu program perintis akan diadakan di Klang dan akan diselaraskan oleh JAWATANKUASA GeMS DAERAH KLANG yang dipengerusi oleh Pegawai Daerah Klang dan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan ketua-ketua kampung serta 2 masjid di Klang.
    Program ini perlu dimanfaat oleh muda-mudi yang perlu bantuan daripada kos penyediaan makanan, baju pengantin serta segala kos yang terlibat daripada penganjuran perkahwinan. Justeru untuk membantu belia yang perlu dengan menyediakan baju pengantin, makanan,urusan pendaftaran perkahwinan, ujian saring HIV, pasukan polis serta penguatkuasa MPK akan membantu daripada segi konvoi pengantin lelaki dan keluarga.
   Pasukan sukarelawan BRIGED AMAL SELANGOR juga akan bertugas sebagai penanggah dan tugas-tugas khas bagi mempasti perjalanan majlis lancar.

Perincian program:
Tarikh; 26.3.11
(sabtu)
8.30pg:      Ketibaan pengantin lelaki dan keluarga di MASJID MUTTAQIN, KPG SG UDANG, KLANG
                   Ketibaan pengantin perempuan dan keluarga di MASJID NURUL AMIN, KPG 
                   DELEK,KLANG

9.30pg:      Konvoi pengantin-pengantin lelaki di dahului dengan konvoi bermotor belia
                   Perarakan dengan pasukan kompang
                   Di sambut dengan persembahan silat  di MASJID NURUL AMIN, Kpg Delek, KLANG

10.30pg     KHUTBAH nikah oleh YB EXCO AGAMA
                    Majlis akad nikah
                    Ucapan perasmian YAB DATO' MENTERI BESAR
12.30tgh     Jamuan


9.00mlm; FORUM KELUARGA BAHAGIA


TARGET: 50 orang pasangan
KEUTAMAAN: pasangan daripada keluarga asnaf/muallaf/bermasalah
UNTUK BELIA/BELIAWANIS SELANGOR (belia daripada daerah lain juga boleh memohon: diutamakan dariapda KLANG)

Sila hubungi nombor : Hj Saari Md Nor 019-2565841,
Hj Shamsul Bahari 019-3776922 , Hj Kamaludin rahmat 0123500077 untuk keterangan lanjut atau
daftar di PEJABAT ADUN SELAT KLANG ATAU
ONE-STOP GeMS  Centre, BLOK L , PANGSAPURI SRI PERANTAU , PELABUHAN KLANG
 ATAU PEJABAT AGAMA KLANG

ashaari muhammad bani tamim?


ASAARI MUHAMMAD BUKAN PUTERA BANI TAMIM
Amat mengejutkan! Baru-baru ini dalam satu ‘majlis khas’, pemimpin kanan Rufaqa’
membuat pengakuan bahawa Asaari sebagai Pemuda Bani Tamim hanyalah sekadar ramalan
yang belum disahkan. Andainya Asaari ditakdirkan meninggal dunia maka  berakhirlah
penantian al-Arqam dan Rufaqa’. Apa yang mereka lontarkan selama ini hanyalah sekadar
pandangan semata-mata. Krisis yang berlaku antara  Rufaqa’ dan kerajaan cuma perbezaan
pendapat dalam menentukan siapakah al-Mahdi dan Bani Tamim.
Pemimpin kanan tersebut juga meminta supaya para ulama lebih terbuka dan melihat
perjuangan al-Arqam dan Rufaqa’ berasaskan fakta-fakta akademik. Menurutnya lagi,
Rufaqa’ hanya berusaha menjalankan ‘jadual Tuhan’ sebagaimana yang sedia termaktub di
dalam hadith-hadith  fitan yang dikaji oleh mereka. Persoalannya, benarkah dakwaan
pemimpin kanan Rufaqa’ ini? Atau ia helah rutin mereka untuk melepaskan diri dengan cara
taqiyyah dan berdolak-dalih?
Apabila merujuk kepada fakta-fakta ‘sebenar’, amat mudah untuk kita merumuskan bahawa
segala kenyataan yang dilafazkan itu tidak lebih daripada satu pendustaan. Masakan tidak,
buku baru yang telah diharamkan berjudul “Abuya Ashaari Muhammad, Pemimpin Paling
Ajaib Di Zamannya” membuktikan tiada langsung fakta yang boleh dikaitkan dengan disiplin
keilmuan Islam. Ia tidak lebih daripada buku yang berpandukan khayalan dan dongengan
penulisnya. Tiada langsung fakta akademik yang menyokong bahkan bercanggah pula.
Fakta paling jelas, penulisnya menukilkan sebuah kisah daripada seorang ‘perawi’ bernama
Embah Mahmud. Ia dijadikan dalil untuk membenarkan pelantikan Syeikh Suhaimi  sebagai
Imam al-Mahdi, keghaibannya serta pelantikan Asaari Muhammad sebagai Putera Bani
Tamim selaku pembantu Imam al-Mahdi.
Kisahnya berbunyi, daripada Embah beliau menjelaskan, “60 tahun yang lalu, bertempat di
Johor, saya berada di Majlis Sayidi Syeikh Suhaimi bersama 9 orang. Orang lain semuanya
sudah tua dan saya paling muda. Masa itu umur saya dua puluh tahun. Di majlis itu
seseorang bertanya kepada Sayidi Syeikh Suhaimi: Apakah benar tuan Imam al-Mahdi?
Sayidi Syeikh Suhaimi bertafakur 15 minit dan kemudian angkat kepala lalu menjawab: Ya,
saya Imam al-Mahdi”.
“Kata Sayidi Syeikh Suhaimi lagi, InsyaAllah saya akan dighaibkan Allah, tapi kalau hilang
begitu sahaja, sedangkan saya begitu terkenal, akan jadi masalah. Maka Allah izinkan saya
untuk dilihat seperti meninggalkan dunia walhal saya dighaibkan Allah. Sayidi Syeikh
Suhaimi menyambung lagi, perjuangan saya ini akan jadi seperti anak ayam kehilangan ibu
waktu ketiadaan saya, tapi nanti ia akan bersambung oleh seorang bernama Ashaari
Muhammad”. Tamat.
Demikianlah hujjah dan dalil yang menjadi sandaran kukuh al-Arqam dan Rufaqa’ terhadap
aqidah Imam al-Mahdi dan Bani Tamim versi mereka. Tambah menghairankan, penulis buku
tersebut menerima bulat-bulat cerita tersebut hanya berlandaskan satu alasan remeh. Asaari
dan Syeikh Suhaimi mempunyai perjuangan yang sama walaupun tidak pernah bertemu.
Inilah bukti konkrit bagi mereka untuk menerima kesahihan cerita ini. 2
Bagi menjawab kedangkalan pemahaman al-Arqam dan Rufaqa’ ini, dibentangkan beberapa
fakta akademik sekaligus menolak kaedah sumber ilmu yang digunakan oleh mereka dalam
berhujjah dan berdalil.
Pertama, persoalan berkaitan Imam al-Mahdi dan Bani Tamim adalah termasuk di dalam
perkara-perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Tiada siapa pun yang diberi autoriti
oleh agama ini untuk menokok-tambah sesuatu yang melampaui riwayat-riwayat sedia ada.
Dalam hal ini, al-Arqam atau Rufaqa’ secara terang-terangan telah melampaui riwayatriwayat sedia ada. Mereka telah menjadikan kata-kata manusia  biasa setaraf dengan hadithhadith Rasulullah SAW. Apakah cerita dongeng yang didengar daripada seorang yang
bernama Embah Mahmud ini boleh dipercayai begitu sahaja? Di manakah dakwaan pemimpin
kanan Rufaqa’ yang mengatakan selama ini mereka bersumberkan kajian  terhadap hadithhadith fitan? Atau mereka sebenarnya baru ‘mengenali’ hadith-hadith fitan dan melihat ada
kesempatan untuk mempergunakannya bagi menyokong doktrin palsu mereka.
Kedua, andaikan kita menerima kejujuran Embah Mahmud tentang cerita pengakuan Syeikh
Suhaimi sebagai Imam al-Mahdi dan Asaari Muhammad sebagai Putera Bani Tamim.
Bermaksud ia bukan rekaan atau pembohongan atau pemalsuan daripadanya. Itu juga tidak
menjamin kita boleh berpegang kepada cerita tersebut. Ini kerana kandungan cerita itu perlu
dinilai dengan neraca al-Qur’an dan al-Sunnah.
Melalui neraca syara’ kita dapati sekiranya benar Syeikh Suhaimi telah membuat pengakuan
bahawa beliau adalah Imam al-Mahdi. Pengakuan itu sudah tentu jelas tertolak berdasarkan
percanggahan yang nyata dengan hadith-hadith yang  warid  tentang Imam al-Mahdi. Ini
kerana Imam al-Mahdi apabila beliau muncul, beliau tidak akan mengumumkan dirinya
sebagai Imam al-Mahdi. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut bahawa di sana tidak terdapat apa
yang dikatakan dengan al-dakwah al-al-Mahdiyyah sebaliknya Imam al-Mahdi sebagaimana
yang diisyaratkan oleh hadith-hadith ialah seorang lelaki yang berhukum dengan syariat Islam
dan berusaha menegakkan keadilan di muka bumi. Bila orang ramai melihat hakikat ini
mereka (secara tidak langsung) akan mengatakan ini ialah al-Mahdi yang diberitakan oleh
Baginda SAW, beliau tidak akang datang dengan berkata: “Akulah al-Mahdi”. Tidak,
sebaliknya beliau akan datang lalu menegakkan keadilan di muka bumi dan  manusia akan
berkata inilah al-Mahdi sebagaimana yang diberitakan di dalam hadith-hadith.
(islamonline.net)
Imam Al-Mahdi juga sepertimana yang diisyaratkan di dalam hadith sahih adalah berbangsa
Arab bukan sekadar berketurunan Arab sebagaimana dakwaan sesat Rufaqa’. Diriwayatkan
dalam Sahih Muslim, telah berkata A’isyah r.a.: “Ketika tidur, tubuh Rasulullah SAW
bergetar lalu kami bertanya: Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau
lakukan, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Akan terjadi satu kehancuran iaitu
bahawa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju ke Baitullah untuk memburu
seorang ‘lelaki Quraisy’ yang pergi bersembunyi di Ka’bah sehingga apabila orang-orang
tersebut telah sampai di sebuah padang pasir (al-baida’) maka mereka ditelan bumi...”.
Dalam memahami hadith ini dan hadith-hadith lain, Syeikh al-Azhar yang lalu, Syeikh Abdul
Halim Mahmud mengatakan bahawa Imam al-Mahdi adalah seorang pemimpin berbangsa
Arab yang berjihad untuk menegakkan keadilan dan membasmi kezaliman. (islamonline.net)   3
Berhubung dakwaan Asaari dilantik sebagai Putera Bani Tamim, ia juga satu pendustaan yang
nyata. Ia langsung tidak berlandaskan nas-nas syara’ tetapi hanya cerita Embah Mahmud
sahaja yang menabalkan bahawa Asaari ialah Putera Bani Tamim.
Berdasarkan kajian terhadap hadith-hadith  fitan, memang terdapat hadith-hadith yang
menyebut tentang pemuda Bani Tamim dan pembawa panji-panji hitam.  Namun begitu
kebanyakan hadith-hadith bab ini tidak boleh dibuat hujjah. Dalam kajian yang dijalankan
oleh Dr. al-Syarif Hatim ibn al-‘Auni, pensyarah di Universiti Ummul Qura, Arab Suudi,
beliau mengatakan: “Bahawa hadith-hadith dan riwayat-riwayat tentang kemunculan panjipanji hitam serta sufyani terdiri daripada hadith-hadith yang mempunyai pelbagai jalan dan
lafaznyadi dalam kitab-kitab  al-malahim (huru-hara akhir zaman) dan tanda-tanda Qiyamat,
sehingga jalan-jalannya memenuhi kitab sepenuhnya. Maka telah bergembiralah dengannya
kumpulan-kumpulan tertentu lalu mereka menambahnya lagi sehingga sekarang! (Namun)
sesiapa yang meneliti hadith-hadith tersebut, dia akan teringat kepada kata-kata Imam
Ahmad: Tiga jenis kitab yang tiada baginya asal; al-maghazi (peperangan),  al-malahim dan
tafsir. Apa yang ingin dimaksudkan oleh beliau iaitu kerana banyaknya pembohongan dan
riwayat-riwayat yang tertolak dalam ketiga-tiga bab tersebut dan amat sedikit sekali hadithhadith yang sahih berkenaannya”. (islamonline.net)
Bertepatan dengan kata-kata Imam Ahmad ini, dalam kajian yang dijalankan oleh Dr. Syarif
beliau mendapati bahawa tidak ada satu pun hadith-hadith tentang pembawa panji-panji hitam
yang  marfu’ kepada Nabi SAW mahupun yang  mauquf  kepada Sahabat, kerana itu hadithhadith tersebut tidak layak untuk dijadikan hujjah.  
Adapun berkaitan hadith-hadith putera Bani Tamim. Ia ada diriwayatkan oleh Imam al-Suyuti
dalam kitab berjudul  al-Hawi li al-fatawi yang menukilkan beberapa hadith yang berkaitan
dengan putera Bani Tamim. Antaranya menyebut: Daripada Abi Jaafar berkata: “Seorang
pemuda dari Bani Hasyim keluar di sebelah kanan bapa saudara mereka dari bahagian
Khurasan (Iran sekarang) membawa bendera hitam dikepalai oleh Syu`aib bin Salih; dia
memerangi pengikut-pengikut Sufiyani dan mengalahkan mereka. Kesimpulan daripada
hadith-hadith tersebut pemuda Bani Tamim bernama Syu’aib bin Salih (bukan Asaari bin
Muhammad!) dan beliau akan membawa panji-panji hitam dalam angkatan tentera Imam alMahdi”. Malangnya apabila diteliti hadith-hadith tersebut, Imam al-Suyuti tidak mencatatkan
daripada mana hadith itu diperolehi. Sanadnya juga tidak ada. Beliau hanya mencatatkan
nama perawinya sahaja.
Hakikat yang perlu diterima oleh pengikut Rufaqa’ juga iaitu hadith-hadith berkenaan
menyebut PEMUDA Bani Tamim atau al-fata al-tamimi dalam bahasa Arab bukannya putera
Bani Tamim. Putera di dalam bahasa Arab disebut ‘ibn’ sedangkan hadith menyebutnya
‘fata’. Dalam riwayat yang lain tentang pemuda Bani Tamim, daripada Ibn Hammad terdapat
lafaz menyebut “ghulamun hadathus sin” bermaksud “seorang budak di awal umur”.
Bermaksud pemuda Bani Tamim ini adalah seorang yang masih muda. Jelas, ini satu lagi
penyelewengan Rufaqa’ terhadap istilah Arab. Atau kumpulan Rufaqa’ sudah tidak mengenali
apa beza antara tua dan muda? Sudah hilang kewarasan untuk memahami maksud tua atau
muda kerana ketaksuban yang membabi buta?
Bagaimanapun secara keseluruhannya, para ulama hadith mendapati tiada satu pun hadith
sahih berkenaan pemuda Bani Tamim. Apa yang sampai kepada kita ialah apa yang
diriwayatkan antaranya oleh Imam al-Tabrani, namun al-Haithami mengatakan hadith
tersebut munkar. Begitu juga apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hammad di dalam kitab  al-4
Fitan, namun begitu kedua-dua riwayat tersebut mauquf kepada tabi’in, dan apa yang mauquf
kepada tabi’in dianggap sebagai maqtu’ (hadith yang terputus).
Untuk makluman para pimpinan dan pengikut Rufaqa’, para ulama yang mengkaji hadithhadith fitan telah menyatakan bahawa terdapat dua kaedah utama dalam kita mengkaji hadith
fitan.
Pertama, memastikan martabat atau darjat sesebuah hadith. Adakah hadith tersebut layak
dijadikan hujjah dalam menyatakan sesuatu pandangan atau ia sebuah hadith  yang tertolak
dan langsung tidak boleh dijadikan hujjah kerana kecacatan-kecacatan teruk (syiddat al-dha’f)
yang wujud berdasarkan metodologi ilmu hadith. Apatah lagi sekiranya sesuatu hadith itu
ingin dijadikan sandaran kepada perkara yang berhubung dengan aqidah! Dalam hal ini,
Rufaqa’ langsung tidak berdalilkan mana-mana hadith untuk mensabitkan Imam al-Mahdi
ialah Syeikh Suhaimi dan Asaari Muhammad ialah pemuda Bani Tamim, bahkan realitinya
Rufaqa’ menyalahi hadith.
 
Kedua, hadith-hadith fitan adalah berbentuk hadith-hadith yang menceritakan perihal di akhir
zaman. Ia suatu perkhabaran berkenaan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang
menurut qadha’ dan qadar Allah SWT. Ada isyarat-isyarat di dalam hadith tersebut yang jelas
dan mudah dikesan atau disedari tetapi terdapat juga isyarat-isyarat yang sukar dirungkai dan
difahami oleh manusia. Ringkasnya hadith fitan tidak membawa hukum syara’ yang
mengandungi perintah suruhan mahupun larangan. Ia hanya suatu perkhabaran daripada Allah
SWT supaya manusia lebih berhati-hati dalam mengharungi hidup di akhir zaman.
Justeru itu, sedarlah wahai pengikut-pengikut Rufaqa’ sekalian. Anda sebenarnya sedang
ditipu oleh pemimpin anda sendiri. Ketahuilah bahawa hadith-hadith  fitan tersebut
kebanyakannya adalah berdarjat dha’if. Sudah tentu ia sukar untuk dijadikan ‘sumber hukum’
yang menjadi landasan sesuatu amalan, apatah lagi untuk mengubah paradigma aqidah yang
sudah mapan. Namun kita boleh menerimanya sebagai suatu perkhabaran yang mungkin ada
benar dan salahnya. Itu pun jika benar pemimpin Rufaqa’ bersandarkan kepada hadith-hadith.
Realitinya mereka lebih gemar berkhayal dan bercita-cita  dan berdongeng semata-mata.
Wallahu a’lam.
Cawangan Aqidah
Bahagian Penyelidikan JAKIM
fail pp(appa)

vegetarian


Isu Seruan Mengamalkan Vegetarian Oleh The Supreme Ching Hai International Association

Baru-baru ini telah tersebar risalah yang merupakan salinan terjemahan berkaitan Seruan Mengamalkan Vegetarian Oleh The Supreme Ching Hai International Association.
Risalah ini memuatkan beberapa saranan dan seruan Master Ching Hai yang merupakan Mahaguru pertubuhan ini ke arah gaya hidup yang lebih sempurna dalam usaha menyelamatkan dunia melalui pengamalan Vegetarian yang diamalkan oleh sesetengah agama. Seruan ke arah Vegetarian ini merupakan satu seruan yang telah dihantar ke seluruh dunia oleh The Supreme Master Ching Hai International Association di samping menyeru seluruh agama bersatu membasmi isu alkohol dan penyalahgunaan dadah.
Master Ching Hai berpandangan bahawa amalan Vegetarian dapat mengatasi dan membasmi masalah-masalah yang melanda dunia pada hari ini. Beliau telah memetik hujah-hujah berpandukan kitab suci agama-agama di dunia ini seperti hadith, petikan ajaran Buddha Tibet, falsafah Taoisme, ajaran Bahai, falsafah Cao Dai, Essene, Jainisme, Sikh, Zoroaster, Old Testament Yahudi dan lain-lainnya. 
Pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh beliau dengan berasaskan dalil dan hujah berasaskan petikan hadith adalah menyimpang dari kebenaran kerana hadith yang dinyatakan tersebut mengandungi keraguan dari segi matan, maksud serta huraiannya yang tiada kena mengena dengan seruan Vegetarian sama sekali.
Bagi menjawab isu seruan Vegetarian ini, Presiden Islamic Relief Foundation (IRF) yang berpusat di Mumbai, India menyatakan di dalam bukunya 20 Most Common Questions About Islam berkata :
If every human being was a vegetarian, it would lead to overpopulation of cattle in the world, since their reproduction and multiplication is very swift. Allah swt in His Divine Wisdom knows how to maintain the balance of His creation appropriately. No wonder He has permitted us to have the meat of the cattle.
Pemerhatian awal terhadap isu  ini, dapat disimpulkan bahawa hujah-hujah yang digunakan oleh Master Ching Hai dalam menyeru kepada amalan Vegetarian adalah tidak berasas apatah lagi huraian kefahamannya adalah jauh tersasar dari disiplin syarahan nas-nas agama.
Sebaliknya Al-Quran telah menghalalkan daging haiwan tertentu sebagai rezeki yang dikurniakanNya kepada manusia sebagaimana firman Allah menerusi surah Al-Maidah ayat 1 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang beriman. Tunaikanlah janji. Dihalalkan kepadamu (memakan) binatang-binatang ternakan kecuali yang akan disebutkan (pengharamannya) kepadamu. (Halalnya binatang ternakan tersebut bukanlah bermaksud) dibolehkan kamu berburu ketika kamu di dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendakki.”
Firman Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 5 :
“Dan binatang ternakan itu diciptakan olehNya untuk (diambil manfaat) sebagai pemanas tubuh (sebagai pakaian) dan untuk kamu makan.”

awas gelatin haram


Pengguna Islam perlu peka dan berhati-hati apabila menggunakan produk berasaskan gelatin di pasaran dengan memastikan ia memperoleh sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jakim hanya mengeluarkan sijil itu bagi produk yang dikenal pasti 100 peratus menggunakan bahan atau sumber halal serta bebas daripada kandungan asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
"Antara kategori Pensijilan Halal yang dikeluarkan Jakim ialah makanan, premis makanan, suplemen kesihatan (vitamin), ubat tradisional, produk kosmetik dan produk-produk kegunaan harian yang lain," katanya kepada pemberita di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Isnin.
Beliau berkata, produk farmaseutikal dan ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor, tidak termasuk dalam kategori disenaraikan untuk pengeluaran sijil halal itu.
Jamil Khir berkata setakat ini, Jakim mengeluarkan sijil halal kepada 20 syarikat pengeluar produk suplemen kesihatan dan 14 syarikat pengeluar ubat-ubatan tradisional tempatan.
Beliau berkata, Jakim telah melakukan penyelidikan secara terperinci terhadapsemua produk syarikat berkenaan dan mendapati ia tidak mengandungi DNA babiserta selamat digunakan oleh umat Islam.
Katanya, Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara sentiasa memantau penjualan semua produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan ia bebas daripada kandungan DNA babi serta memperoleh sijil halal.
Jamil Khir berkata, Jakim hanya menamakan syarikat yang mendapat sijil halal dan tidak akan mendedahkan produk bukan halal.
Pada 3 Mac lepas, media melaporkan kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan, yang dibungkus dengan kapsul gelatin dan diambil secara rambang dari pasaran, mendapati tiga daripadanya positif DNA babi.
Kehadiran DNA itu dikesan menggunakan kit diagnosis yang dibangunkan sebuah syarikat multinasional tempatan, menerusi projek perintis bersama kementerian itu baru-baru ini, dalam usaha membangunkan produk standard halal di Malaysia.
Jamil Khir berkata, sekiranya pengguna Islam berasa was-was, mereka boleh merujuk kepada Jakim atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KementerianKesihatan atau melayari laman web www.halal.gov.my. - BERNAMA