Selasa, 15 Mac 2011

ISA untuk persenda azan


: Persatuan Pengguna Islam Malaysia atau PPIM mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap beberapa pihak yang bertanggungjawab mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman sesawang 'youtube'.
Pegawai Kerja PPIM, Mustaffa Hamzah berkata, klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh serta memperkecilkan amalan agama Islam.
"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan,"katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA mahupun tindakan yang sepadan dengannya supaya mereka sedar sekaligus memberikan pengajaran serta  peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni.
Mustaffa berkata, PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan