Isnin, 28 Mei 2012

matahari tegak atas kaabah. semak arah kiblat

Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai. 
Lamanweb itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas.

"Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya-Allah," menurut laman itu.


Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang hari ini (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa' Matahari di atas Ka'abah, iaitu matahari berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah. 

Menuduh orang kafir berdosa besar


 firman Allah s.w.t
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, janganlah kebencianmu kepada sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada taqwa, Dan bertaqwalah kepada Allahsesungguhnya Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan.(Al-Ma’idah, ayat 8)
Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: barangsiapa yang menyeru seseorang yg gelaran kufur, atau memanggilnya dengan gelaran musuh Allah, sedangkan dia tidak begitu, maka panggilan itu akan kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun begitu, kita juga hendaklah sedar, di sana ada batas-batas iman dan kufur. Ini seperti sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan RasulNya, maka dia terkeluar dari Islam. Demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pegharaman arak, judi, zina dan seumpamanya. Sesiapa yang menghalalkan perkara-perkara tersebut atau menentang pengharaman perkara-perkara tersebut dari segi hukum agama, dalam keadaan sedar dan faham maka dia terkeluar dari Islam.
Namun, kita hendaklah berhati-hati apabila menghukum seseorang dengan hukuman murtad atau kufur atau sesat atau seumpamanya. Hal ini kerana, hukuman umum tidak sama dengan hukuman khusus. Hukum umum menghina hukum Islam yang jelas seperti azan membawa murtad, tetapi individu tertentu yang menghina tidak boleh terus dihukum murtad. Hendaklah dilihat keadaannya, maksud ucapannya, kefahamannya dan berbagai latar yang lain.
Firman Allah s.w.t ,mafhumnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Hujurat:11)

Larangan memanggil Muslim dengan gelaran yang buruk adalah sangat ditegah di dalam al-Quran. Sebab penurunan ayat 11, Surah al-Hujurat berkisar mengenai sahabat Nabi SAW iaitu Thabit yang memanggil seorang dengan gelaran buruk di zaman jahiliah yang menyebabkan orang itu menjadi malu. Jika memanggil dengan gelaran buruk sudah ditegah, apatah lagi menuduh seseorang Muslim itu sebagai ‘kafir’.


Dewan Ulama Kelantan minta Majlis Fatwa nyatakan pendirian isu 'Bapa Kafir'

 Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.

Majlis fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan menghina ulamak itu.

Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood, turut menyokong demontrasi di hadapan pejabat NST petang ini berhubung kenytaan ‘bapa kafir’ kepada Tuan Guru.

“Kita meminta Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti seluruh negara berasa sensitif tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan yang memerintah hari ini.

Sabtu, 26 Mei 2012

Buku Irshad Manji 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai

Buku berjudul Allah, Liberty and Love tulisan  Irshad Manji telaH diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri setelah  menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Irshad ManjiPerintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'dan dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
Bernama melaporkan  menteri Abu Seman sebagai berkata buku tersebut mengandungi mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam."Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam kenyataan hari ini. "Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari,
Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis.
Selain itu, katanya, buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

Khamis, 24 Mei 2012

Miss Universe Australia memakai tudung


Rachael Finch  merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia.
Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial  'kebiasaanya' dimana ia berinteraksi dengan komuniti Islam. Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat. Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang muslim secara langsung.