Isnin, 9 Mei 2011

sebelum mati

 Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:



  Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan bertakwa.

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke suatu destinasi yang tetap akan kita semua kunjungi  dan di sanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang abadi  selama2nya . Jadi apakah bekalan kita sudah mencukupi untuk kesana ? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya…..sekurang2nya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amal kita.
Rasulullah bercerita kepada Muaz :"Tiba waktunya pula malaikat hafadhah yang lain membawa kepada ALLAH SWT
amalan hambaNYA yang berhias dengan akhlak dan dan diam serta banyak sungguh amalan zikirnya ...
ALLAH SWT berfirman:"Campakkan orang ini ke dalam neraka ,kamu pencatat amal hambaKu,aku yang mengawasi hatinya
dia tidak beramal untuk keredhaanKU,Dia beramal untuk selainKU,maka dia mendapat laknatKU,"
Berkata para malaikat..memang patutlah dia mendapat laknat ALLAH SWT dan laknat kami.
Berkata penduduk langit...dia mendapat laknat Allah SWt, laknat tujuh petala langit laknat tujuh petala bumi dan laknat kami.


Setelah mendengar kata kata Rasulullah SAW,MUAZ menangis  dan ia bertanya kepada Rasulullah,wahai Rasulullah ,Apakah
yang patut aku lakukan?"
Rasulullah SAW bersabda:"Hai Muaz,ikutlah jejak Nabimu,teguhkan keyakinanmu walau amalanmu kurang,hentikan lidahmu
berkata kata hal hal saudaramu,hendaklah selalu ingat akan dosa dosamu,jangan kamu tanggungkan dosamu kepada orang lain
{jika kamu bersalah janganlah kamu tuduh orng lain},jangan memuji muji dirimu dengan memburukkan orang lain dan jangan
sombong diri dengan merendah rendahkan saudaramu dan jangan sekali kali beramal untuk mendapat pujian atau dilihat baik."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan